top of page

BENGKEL MSBR : TOWARDS ACHIEVING HIGH QUALITY FRAME FOR BETTER ECONOMIC STATISTICS

  • statsmethodology
  • Jun 24, 2022
  • 2 min read

Bengkel MSBR secara video conferencing telah diadakan pada 13 dan 14 Disember 2021 di Bilik Seminar Aras 2, DOSM Putrajaya dan DOSM Negeri masing-masing. Bahagian Metodologi dan Penyelidikan (BMP) bertanggungjawab menguruskan rangka sekaligus memastikan semua DOSM Negeri memahami kaedah pengemaskinian rangka dengan baik bagi tujuan penyediaan rangka banci dan survei Jabatan. Kebelakangan ini juga terdapat keperluan pengeluaran statistik daripada MSBR di peringkat sektor dan data pentadbiran menjadikan kualiti data MSBR perlu di tahap yang tinggi. Sehubungan itu, bengkel MSBR: Towards Achieving High Quality Frames For Better Economic Statistics ini dirancang sebagai medium untuk membincangkan pengukuhan strategi sedia ada serta memastikan MSBR dapat diuruskan dengan berkesan dan berkualiti.


Selari dengan pelaksanaan Banci Ekonomi yang dijangka diadakan pada tahun 2023 dan bagi memastikan liputan banci ini lengkap dan menyeluruh serta mampu menggambarkan keadaan ekonomi semasa, BMP perlu memastikan maklumat rangka pertubuhan yang diliputi adalah terkini, berkualiti dan komprehensif. Dengan adanya bengkel ini, strategi pengemaskinian rangka pertubuhan dapat dibentang dan dibincangkan secara holistik di peringkat pelaksana dan amalan terbaik dapat dikongsi bersama.


Bengkel MSBR ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:-

  • Memperkukuhkan strategi pengurusan rangka pertubuhan bagi persediaan;

  • Menjelaskan kepentingan pengemaskinian rangka dan pemantauan kualiti kerja rangka pertubuhan yang jelas dan seragam di semua DOSM Negeri;

  • Membentang dan membincangkan status/progres pengemaskinian rangka oleh Bahagian Butiran Perkara dan DOSM Negeri;

  • Menerangkan tatacara terkini pengemaskinian pertubuhan dan penggunaan Botsol dalam pengemaskinian rangka pertubuhan; dan

  • Mendapatkan input daripada DOSM Negeri berkaitan isu-isu berbangkit semasa melaksanakan pengemaskini serta membincang penyelesaian dan way forward pengurusan rangka.

Bengkel ini melibatkan live streaming di ibu pejabat dan kesemua 16 lokasi DOSM Negeri dengan kehadiran peserta seramai 229 orang. Senarai kehadiran di Lampiran 1


Selain BMP, penceramah jemputan adalah seperti berikut:

  1. Puan Nur Aziha Mansor, Ketua Penolong Pengarah, CTADR

  2. Puan Yong Joo Chiet, Ketua Penolong Pengarah, BPP

  3. Encik Ahmad Shafique Mohamed, Penolong Pengarah, BPAS

  4. Encik Muhamad Faizal Hamid, Penolong Pengarah BPPIB

  5. Encik Ahmad Sauqi Haris, Penolong Pengarah BIPB

Comments


©2024 by Bahagian Metodologi & Penyelidikan

bottom of page